Saturday, 18 May 2013

Contoh Rancangan Perniagaan

Disediakan oleh:
Mohamad Jamil bin Mahidin
017-3343800
Dan
Siti Fatonah binti Arbain
012-3343800



MJ Fatonah Enterprise (001568682-P)
No. 17, Lot 3384, Jln Tembusu,
Kampung Melayu Subang,
40150, Shah Alam Selangor.

Index

• Surat Rasmi Permohonan Pengusaha
• Gambar Sekitar Ladang MJ Fatonah Enterprise
• Surat-surat Sokongan
• Pengenalan Syarikat
• Profil Syarikat
• Rancangan Pentadbiran
• Rancangan Operasi
• Lakaran Pelan Tapak / Geran tanah
• Modal Permulaan
• Senarai Kursus Yang Dihadiri
• Ringkasan Perancangan Syarikat
• Unjuran Aliran Kewangan 5 Tahunan
• Unjuran Penyata Pendapatan 5 Tahunan
• Aliran Kewangan (2006 hingga 2011)
• Lampiran: Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
• Lampiran: Salinan Sijil-Sijil Akademik Pengusaha
• Lampiran: Salinan Sijil-Sijil Kursus

Surat Rasmi Permohonan



Pengenalan

MJ Fatonah Enterprise adalah sebuah syarikat penternakan bumiputera yang menjalankan projek perternakan lembu fidlot secara komersial. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise mendapat didikan, nasihat dan tunjuk ajar dari Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani melalui program-program latihannya. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise juga mendapat perhatian HS Nada Sdn Bhd dalam khidmat nasihat dan bantuan teknikal.

Operasi Syarikat:
  1. Menternak lembu fidlot secara komersial.
  2. Pemasaran tertumpu kepada jualan hidup untuk tujuan korban, aqiqah dan kenduri.
  3. Penjualan tinja ternakan (tanpa campuran) kepada pembeli runcit.
Perancangan Masa Depan Syarikat:
  1. Penternakan intergrasi juga akan dijalankan jika mendapat kerjasama dengan pemilik ladang-ladang sawit berhampiran.
  2. Menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani , pasar malam dan peruncit
  3. Memproses tinja ternakan menjadi baja. Membungkus, melabel dan memasarkannya ke tapak-tapak nurseri, pembeli runcit dan syarikat-syarikat lanskap.
  4. Menyediakan masakan daging berbagai resepi untuk pembelian ternakan dari ladang.
  5. Menyediakan rumah sembelihan sendiri yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
  6. Mendapat pengiktirafan halal oleh badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab.
  7. Menjalankan pemprosesan hasilan daging seperti burger, nugget, bebola daging dsb.
  8. Melebarkan sayap pasaran ke pasaraya besar.
Trend Pasaran:
Bekalan daging tempatan masih ditahap yang amat rendah, iaitu 18% dari keperluan daging seluruhnya. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menjadi penternak berjaya di Malaysia dan menambah peratusan bekalan daging segar tempatan. Harapan MJ Fatonah Enterprise untuk membantu saudara-saudara Islam mendapatkan daging yang halal, berkualiti dan bebas dari sebarang penyakit. Memaksimakan pengeluaran ternakan dari jualan hidup, daging segar, hasilan daging dan juga tinjanya.

Analisis SWOT:
  1.  Kekuatan: 
    1. Permintaan yang tinggi ke atas daging segar tempatan
    2. Pelanggan kini meragui jaminan halal daging impot
    3. Mengusaha penternakan lembu secara fidlot
    4. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise telah mengikuti Program Latihan / Kursus-kursus berkaitan anjuran Masyarakat Perdagangan Dan Peindustrian Bumiputera (MPPB) di bawah MoA Inc.
    5. Pengusaha MJ Fatonah Enterprise memiliki lesen/tauliah sembelihan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
    6. Pengusaha sentiasa mendapatkan tunjuk ajar dari syarikat mentor kami, HS Nada Sdn Bhd.
  2. Kelemahan: 
    1. Kekurangan dana untuk meneruskan dan mengembangkan projek.
  3. Peluang:
    1. Mendapat bimbingan berterusan dari MPPB dan HS Nada Sdn Bhd.
  4. Ancaman: 
    1. Persaingan dengan daging impot yang dijual terlalu murah

Profil Syarikat

Nama Syarikat: MJ Fatonah Enterprise
Alamat Pejabat: No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Alamat Ladang: Lot 1449, Kampung Teluk Penyamun, 45600, Batang Berjuntai, Selangor.
Bentuk Perniagaan: Penternakan Lembu Secara Fidlot.
Tarikh Syarikat didaftarkan: 18hb Ogos 2005
Tarikh Mula Operasi: Februari 2006
No Pendaftaran Syarikat: 001568682-P
Modal Permulaan: RM370,000.00
Maklumat Bank:
Bank: Maybank (Caw. Terminal 3, Subang)
Akaun No. 562085508614
Jenis Akaun: Akaun Semasa
Pemegang Akaun: MJ Fatonah Enterprise
Latarbelakang Pengusaha: Terdiri dari dua (2) orang pemegang saham, 60% + 40%.
1. Nama: Mohamad Jamil bin Mahidin ( 60% )
No. K/P: 680902-08-6063
No. Tel: 017-3343800
Alamat: No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Kelulusan:
Sijil Kejuruteraan Mekanikal – Pengeluaran (POLIMAS, Alor Setar, Kedah)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (ITM, Shah Alam)
Pengalaman: Berkhidmat dengan Matsushita Ind. Corp (MAICO) selama 14 tahun (dari juruteknik sehingga eksekutif).
2. Nama: Siti Fatonah binti Arbain ( 40% )
No. K/P: 691222-10-5090
No. Tel: 012-3343800
Alamat: No.17, Lot 3384, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150, Shah Alam, Selangor.
Kelulusan:
Sijil Kejuruteraan Mekanikal – Pengeluaran (POLIMAS, Alor Setar, Kedah)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (UTM, Sekudai)
Pengalaman: Berkhidmat dengan SME Aerospace Sdn Bhd) selama 10 tahun (dari penyelia sehingga eksekutif).

Rancangan Pentadbiran

Carta Organisasi MJ Fatonah Enterprise

Bidang Tugas Jabatan

1. Jabatan Jualan

Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja jualan. Pekerja jualan mahir dalam keratan / bahagian-bahagian daging dan mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2 dan D.

Tugas-tugas Jabatan Jualan ialah:
  1. Memasarkan produk terus kepada pelanggan (jualan hidup, daging segar atau masakan)
  2. Memastikan kualiti dan kebersihan produk
  3. Membuat promosi dan pengiklanan produk
  4. Mengenalpasti terminal jualan yang berpontensi dan berdaya maju
  5. Perancangan pengembangan pasaran
  6. Mendapat maklum balas pelanggan ke atas mutu produk syarikat
  7. Memastikan penghantaran dibuat tepat pada waktunya
2. Jabatan Pentadbiran

Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh seorang kerani. Kerani ini mahir mengendalikan komputer, mempunyai sistem fail syarikat yang teratur dan juga bijak berinteraksi dengan pelanggan / pembekal.

Tugas-tugas Jabatan Pentadbiran ialah:
  1. Menguruskan kewangan syarikat
  2. Memastikan pentadbiran syarikat dan kakitangan berjalan lancar
  3. Menguruskan kebajikan pekerja (latihan, perubatan, elaun dan lain-lain)
3. Jabatan Operasi / Ladang

Ditadbir oleh seorang pengurus dan dibantu oleh tiga (3) orang pekerja ladang. Pekerja mahir dengan sifat-sifat ternakan dan arif mengenalpasti / mengendalikan ternakan yang sakit. Juga memiliki sijil sembelihan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri.

Tugas-tugas Jabatan Ladang ialah:
  1. Memastikan ternakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.
  2. Mendapatkan bekalan ternakan yang bermutu
  3. Memastikan bekalan makanan ternakan sentiasa mencukupi
  4. Memastikan ternakan yang cukup untuk permintaan jualan
  5. Menguruskan penyembelihan ternakan
  6. Menguruskan pemprosesan baja dari najis ternakan
  7. Memastikan padang ragut sentiasa mampu membekalkan rumput yang secukupnya untuk ternakan setiap masa.
Nota:
Buat masa ini, pentadbiran syarikat dijalankan oleh pengusaha sendiri sebagai Pengurus Jualan / Pentadbiran / Operasi, seorang penyelia ladang dan 2 orang pekerja am.


Rancangan Operasi

1. Carta Aliran Proses
Carta Aliran Proses

Ternakan Masuk
  1. Ternakan di tag sebagai pengenalan dan direkodkan beratnya.
  2. Pemeriksaan visual dibuat untuk memastikan tiada kecederaan atau kecacatan pada ternakan yang diterima.
Ternakan di kandang
  1. Ternakan dimasukkan ke kandang mengikut purata berat dan jantina
  2. Ternakan diberi makan dan minum yang secukupnya
Jualan
  1. Jualan Hidup – Untuk tujuan aqiqah, qurban dan lain-lain.
  2. Jualan Karkas – Untuk pasar-pasar, kedai runcit dan pemborong.
  3. Jualan Masakan – Untuk permintaan kenduri-kendara
  4. Jualan Baja Organik –Memasarkan ke kedai-kedai bunga/nursery
2. Perancangan Pengeluaran Produk
Produk MJ Fatonah Enterprise terbahagi kepada 4 kategori:

a. Jualan Hidup
Jualan ini dibuat untuk tujuan aqiqah, qurban, kenduri atau tujuan-tujuan majlis. Pelanggan boleh memilih untuk ternakan hidup ataupun siap disembelih. Penghantaran percuma sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Caj sembelih yang minimum dikenakan.

b. Jualan Karkas / Daging Segar
Pasaran daging segar dijalankan di Pasar-pasar Tani, Pasar malam, kedai runcit dan pemborong yang membeli terus dari ladang. MJ Fatonah Enterprise merancang untuk menembusi pasaran pasaraya-pasaraya besar

c. Jualan Masakan
MJ Fatonah Enterprise menyediakan berbagai jenis masakan traditional Melayu untuk tujuan kenduri. Caj masakan ini bergantung kepada jenis masakan yang dipilih. Antara jenis masakan yang disediakan ialah masak rendang, masak kari, masak kicap, masak merah, B-B-Q dan lain-lain.

d. Baja Organik (Dari Tinja Ternakan)
Tinja ternakan diproses menjadi baja organik yang bermutu tinggi. Baja ini akan dibungkus dengan jenama MJ Fatonah Enterprise dan dipasarkan ke kedai-kedai bunga dan tapak-tapak semaian.

Nota:
Buat masa ini, pengeluaran syarikat ditumpukan kepada penjualan hidup. Dengan tambahan dana yang dipohon, kami harap dapat meningkatkan jualan hidup dan daging segar serta meneruskan perancangan untuk jualan masakan, jualan baja dan hasilan daging.


3. Mesin Dan Peralatan
Setiap jabatan mempunyai keperluan mesin dan peralatan sendiri:

a. Jabatan Jualan
  1. Bilik Dingin Beku – Untuk menyimpan daging sebelum dihantar ke pasar atau kepada pelanggan.
  2. Pisau-pisau dan pengasah – pisau berkualiti tinggi berbagai saiz bergantung kepada keperluan.
  3. Peralatan pasar - Lampu, generator, kerusi, meja, payung dan mesin timbang untuk jualan di pasar.
b. Jabatan Ladang
  1. Pam Air – untuk mengepam air dari sumber air untuk mencuci kandang, membersihkan ternakan dan minuman ternakan.
  2. Mesin Penghancur Makanan – Menghancurkan rumput / lalang untuk dicampurkan dengan pelet.
  3. Mesin rumput – Untuk memotong rumput dari padang ragut.
  4. Mesin Pengering Najis – Untuk mengeringkan najis ternakan sebelum dihancurkan dan dibungkus sebagai baja organik.
  5. Forklift – Mengangkut makanan ternakan dari stor simpanan ke takungan makanan.
  6. Kereta tolak – Sebagai alternatif kepada forklift
  7. Peralatan kandang – peralatan seperti cangkul, penyodok tanah, pencakar dan sebagainya.
  8. Peralatan rumah sembelih – Seperti pisau sembelih, pisau melapah, mesin pemotong karkas, apron dan kasut.
c. Jabatan Pentadbiran
  1. Komputer – 3 buah komputer untuk kegunaan pengurus dan kerani.
  2. Mesin Cetak – Printer, scanner dan mesin fotokopi.
  3. Telefon – 3 buah telefon untuk kegunaan pengurus dan kerani
  4. Mesin Fax – Sebuah mesin fax bagi kemudahan pesanan dan penerimaan.
  5. Perabot Pejabat
    1. 3 set meja dan kerusi untuk pengurus dan kerani.
    2. 3 meja komputer
    3. 1 set meja mesyuarat
    4. 1 set sofa di ruang menunggu
Nota:
Buat masa ini, jabatan ladang memiliki tiga (3) buah mesin memotong rumput, sebuah mesin menghancur makanan (chopping machine), pam air dan peralatan ladang. Jabatan pentadbiran memiliki sebuah laptop, sebuah printer, telefon bimbit dan sebuah mesin fax. Tambahan modal juga diperlukan bagi menambah bilangan komputer dan perabot pejabat.

Modal Permulaan

1. Jumlah Modal Permulaan

a. Kos Pembangunan : RM 239,305.00
b. Pinjaman MARA : RM 433,680.00
Jumlah kos : RM 672,985.00

2. Kos Pembangunan :

No Nama Bilangan Kos Seunit (RM) Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)
1 Pemilikan tanah 1 87,000.00 87,000.00 87,000.00
2 Pembinaan kandang 12 Lump Sum 100,000.00 187,000.00
3 Wiring/lampu/plug point Lump Sum 2,800.00 189,000.00
4 Rumah pekerja / stor Lump Sum 10,000.00 199,800.00
5 Mesin penghancur rumput 1 5,500.00 5,500.00 205,300.00
6 Mesin pemotong rumput 3 Lump sum 2,500.00 207,800.00
7 Kenderaan (Ranger/lori) 11 bulan Lump sum 31,505.00 239,305.00
Jumlah kos pembangunan 239,305.00

3. Kos Operasi (Jan 2006 hingga Nov 2006)

No Nama Bilangan Kos Seunit (RM) Jumlah (RM) Jumlah Terkumpul (RM)
1 Pembelian baka KK 165 ekor Lump sum 219,200.00 219,200.00
2 Pembelian baka Brahman 50 ekor 1400.00 70,000.00 289,200.00
3 Bahan Makanan PKC/PKE 152,250kg 0.38 57,855.00 347,055.00
4 Kos pelbagai 11 bulan 1,500.00 16,500.00 363,555.00
5 Utiliti 11 bulan Lump sum 5,000.00 368,555.00
6 Gaji pekerja 11 bulan Lump sum 49,500.00 418,055.00
7 Bayaran balik Pinjaman MARA 5 bulan 15,625.00 31,505.00 433,680.00
Jumlah Kos Operasi (11bulan Pertama) 433,680.00


3. Pinjaman dari Bank
Kami memerlukan bantuan kewangan daripada bank untuk menampung kekurangan dana sebanyak RM250,000.00 (seperti di dalam lampiran Aliran Tunai..Nov 2006). Permulaan modal sebanyak RM370,000.00 adalah dari wang simpanan kami.


Senarai Kursus-Kursus Yang Dihadiri

No Kursus Anjuran Tarikh Peserta
1 Latihan Sangkut Ternakan Lembu Pedaging MPPB 29/06/05 – 03/07/05 Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
2 Program Perakaunan Berkomputer MPPB 05/07/05 – 08/07/05 Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
3 Kursus Pembangunan Usahawan Modul Asas MPPB 19/07/05 – 22/07/05 Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
4 Kursus Penyembelihan Halal MPPB 25/07/05 – 28/07/05 Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
5 Kolokium Pertanian Suatu Perniagaan MPPB 16/02/06 – 18/02/06 Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
6 Seminar AgroPAC2 UPM 25/02/06 – 26/02/06 Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin
7 Kursus Pemasaran Strategik MARA 05/03/06 – 09/03/06 Siti Fatonah Arbain
Mohamad Jamil Mahidin

Gambar Sekitar Kursus-Kursus Yang Dihadiri

Gambar Sekitar Ladang MJ Fatonah Enterprise
1. Peringkat Kerja tanah

2. Peringkat Pembinaan Kandang

3. Pembinaan Kandang Siap Dan Kemasukan Lembu

4. Kemudahan Asas Dan Peralatan Ladang

Permohonan Dana IKS Majlis Amanah Rakyat (MARA)
5. Stok Ternakan pada 20hb Apr 2006


No Jenis Umur Jantina Bil (Ekor Catatan
1 Brahman Kacukan KK 1½ tahun Jantan 30
Bekalan Untuk Hari
Raya Korban 2006
2 Brahman 3 Tahun Jantan  1 Diternak Untuk Baka
3 Brahman Kacukan KK 2 bulan Jantan 1 Anak
4 Brahman Kacukan KK 1 tahun (1) Jantan 1 Anak
5 Brahman Kacukan KK
1 tahun (26)
2 tahun (6)
Jantan 32
Diternak Untuk
Pembiakan
Jumlah bilangan Lembu terkini 65 Ekor


Lakaran Laluan Ke Ladang MJ Fatonah Enterprise