Saturday 27 April 2013

Pengasas Samsung Group

Lee Byung-chull dilahirkan pada 12 Februari 1910 di Uiryeong, Gyeongsangnam-do. Beliau merupakan anak kepada keluarga pemilik tanah yang kaya. Beliau telah memasuki Universiti Waseda, Tokyo tetapi tidak menamatkan pengajian sarjana muda beliau. 

Selepas kematian bapa, beliau menggunakan harta warisan yang diperolehi untuk membuka perniagaan pengisar padi (rice mill) di kampung halaman beliau, Kyungnm. Tetapi usaha itu tidak berjaya. Kemudian beliau menubuhkan perniagaan lori dan trak di Deagu pada 1 Mac 1938 dan memberi nama Samsung Trading Co. yang merupakan perintis kepada Samsung.

Walaupun mempunyai masalah Jepun memerintah Korea pada tahun 1945, Samsung telah mengangkut barang ke seluruh Korea dan negara-negara lain. Pada tahun 1947, ibu pejabat Samsung telah dipindahkan ke Seoul dan pada tahun 1950, Samsung merupakan syarikat perdagangan yang kesepuluh terbesar bila Perang Korea Meletus. Dengan penaklukan Seoul oleh tentera Korea Utara, Lee terpaksa memindahkan ibu pejabatnya ke Pusan. Dengan kemasukkan peralatan ketenteraan dan tentera Amerika Syarikat, ia memberikan banyak faedah kepada pernigaan pengangkutan beliau.

Pada tahun 1953, Lee Byung-chull telah menemui Gula Cheil, yang mana menjadi satu perniagaan yang berjaya dan membawa keuntungan. Dari pendapatan yang diperolehi melalui Gula Cheil, beliau telah mengasaskan pelbagai jenis perniagaan seperti dalam bidang texttile, kereta, insurans, gudang dan elektrinik.

Pada tahun 1961, ketika Jeneral Park telah merampas kuasa, Lee berada di Jepun untuk seketika. Akhirnya satu perjanjian telah dibuat, dan Lee telah kembali ke Korea tetapi harus menyerahkan kuasa ke atas bank-bank dan mengikut arahan-arahan ekonomi kerajaan Park.

Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Persatuan Industri Korea (Federation of Korean Industries) dan menjadi orang terkaya di Korea.

Selepas kematian beliau, ladang beliau (Ho-Am) telah dibuka kepada umum. Koleksi seni beliau dianggap sebagai koleksi seni peribadi terbesar dan paling halus di Korea. Dan beberapa koleksi seni beliau diangkat sebagai National Treasure oleh kerajaan Korea. Ho-Am terletak di kawasan Taman Tema Everland, yang merupakan taman tema paling popular di Korea Selatan.

Pada tahun 1991, Ho-Am Prize telah di asas sempena Lee's Art-name.



Latar Belakang Samsung Group

Ibu Pejabat Samsung, Samsung Town Korea Selatan


Samsung Group adalah sebuah syarikat multinasional yang berasal dari Korea Selatan. Ibu pejabatnya terletak di Samsung Town, Seoul Korea Selatan. Syarikat ini melakukan pelbagai jenis perniagaan, dan kebanyakkannya berada di bawah jenama Samsung dan merupakan syarikat chaebol terbesar di Korea Selatan.

Nama Samsung adalah berasal dari perkataan Korea Hanja yang bermaksud tristar atau three star (tiga bintang). Perkataan three itu membawa maksud sesuatu yang besar dan berkuasa dan star membawa maksud berkekalan.

Samsung Group diasaskan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai sebuah syarikat perdagangan di Taegu, Korea Selatan. Selama tiga(3) dekad ia beroperasi, Samsung Group telah menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuklah bidang pemprosesan makanan, pakaian, insurans, keselamatan dan jualan runcit. 

Pada tahun 1960, Samsung Group telah memasuki industri elektronik dan pada pertengahan tahun 1970 mereka telah menceburi industri perkapalan dan pembinaan. Selepas kematian Lee Byung-chull, Samsung telah dipecahkan kepada empat(4) kumpulan perniagaan :-
  1. Samsung Group
  2. Shinsegae Group
  3. CJ Group
  4. Hansol Group
Sejak tahun 1990, Samsung telah meningkatkan perniagaannya di peringkat global terutama dalam bidang elektronik.

Perindustrian yang terpenting bagi Samsung Group adalah Samsung Electronics, Samsung Heavy Industries dan Samsung Engineering and Samsung C&T. Selain itu, perindustrian lain yang diceburi oleh Samsung Group adalah Samsung Life Insurance, Samsung Everland, Samsung Techwin dan Cheil Worldwide.

Monday 1 April 2013

Pengenalan

Saya Norhidayu binti Abdul Hamid, merupakan pelajar tahun 3 UTM Space, jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Komputer).

Blog ini diwujudkan untuk merekod segala aktiviti yang di lakukan sepanjang kelas Keusahawan IT (SCD 4763) dan memuat naik tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah.