Saturday 27 April 2013

Latar Belakang Samsung Group

Ibu Pejabat Samsung, Samsung Town Korea Selatan


Samsung Group adalah sebuah syarikat multinasional yang berasal dari Korea Selatan. Ibu pejabatnya terletak di Samsung Town, Seoul Korea Selatan. Syarikat ini melakukan pelbagai jenis perniagaan, dan kebanyakkannya berada di bawah jenama Samsung dan merupakan syarikat chaebol terbesar di Korea Selatan.

Nama Samsung adalah berasal dari perkataan Korea Hanja yang bermaksud tristar atau three star (tiga bintang). Perkataan three itu membawa maksud sesuatu yang besar dan berkuasa dan star membawa maksud berkekalan.

Samsung Group diasaskan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai sebuah syarikat perdagangan di Taegu, Korea Selatan. Selama tiga(3) dekad ia beroperasi, Samsung Group telah menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuklah bidang pemprosesan makanan, pakaian, insurans, keselamatan dan jualan runcit. 

Pada tahun 1960, Samsung Group telah memasuki industri elektronik dan pada pertengahan tahun 1970 mereka telah menceburi industri perkapalan dan pembinaan. Selepas kematian Lee Byung-chull, Samsung telah dipecahkan kepada empat(4) kumpulan perniagaan :-
  1. Samsung Group
  2. Shinsegae Group
  3. CJ Group
  4. Hansol Group
Sejak tahun 1990, Samsung telah meningkatkan perniagaannya di peringkat global terutama dalam bidang elektronik.

Perindustrian yang terpenting bagi Samsung Group adalah Samsung Electronics, Samsung Heavy Industries dan Samsung Engineering and Samsung C&T. Selain itu, perindustrian lain yang diceburi oleh Samsung Group adalah Samsung Life Insurance, Samsung Everland, Samsung Techwin dan Cheil Worldwide.